Advertising
Safee Sali Kesan Kelemahan Utama Perak
Piala Malaysia
MakanBola
Perak FC

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali menilai kelemahan besar pasukan Perak yang perlu segera diatasi.

Perak baru sahaja menghadapi aksi suku akhir Piala Malaysia berdepan Sri Pahang yang menyaksikan pasukan bimbingan Yusri Che Lah ini akur tersingkir hasil keputusan agregat 4-3.

Ad

Juara Piala Malaysia 8 kali ini terpaksa menelan kepahitan apabila tewas tipis dalam perlawanan pertama di Manjung menerusi gol tunggal daripada kapten Sri Pahang, Kpah Sherman.

Ad

Dalam aksi timbal balik yang berlangsung di Temerloh, Perak berjaya bangkit 3 kali mengikat Sri Pahang namun keputusan seri itu tidak cukup bagi membawa The Bos Gaurus mara ke separuh akhir.

Menurut Safee, pujian harus diberikan buat pemain Perak di atas semangat juang yang tinggi untuk bersaing menentang Sri Pahang pada perlawanan tersebut.

Ad

”Dalam konteks 90 minit, saya rasa pujian harus diberikan kepada pemain Perak sebab dari segi serangan dan juga semangat untuk bangkit dari ketinggalan itu, sentiasa ada saingan.”

Ad

Safee menyifatkan aksi antara Sri Pahang dan Perak sebagai pertemuan yang cukup menarik namun beliau melihat aspek pertahanan antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh Yusri Che Lah.

Ad

“Dari segi permainan, ini antara perlawanan terbaik saya yang bertugas sebagai pundit, memang ada banyak aksi-aksi,” kata Safee ketika dalam rancangan Nindia Bola.

“Cuma, Perak ini bila mereka dah menjaringkan gol mesti ada bolos, itu kelemahan yang harus diperbaiki,” ujar Safee.

Ujian seterusnya buat Perak adalah berdepan pasukan jiran, Penang di Stadium Bandaraya dalam perlawanan Liga Super pada 12 Januari akan datang.