Advertising
Safee Sali: Saya Benci Dia
MakanBola
PFA Malaysia

Bekas peledak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali mendedahkan pertahanan yang paling beliau benci untuk dihadapi ketika beraksi di Malaysia.

Pemain yang dimaksudkan Safee adalah bekas pertahanan tengah Terengganu FC iaitu Fabio Flor yang memiliki kekuatan fizikal luar biasa.

Ad

Perkara tersebut didedahkan Safee dalam satu sesi soal jawab bersama Sports Tarik di laman Youtube baru-baru ini.

Ad

“Ramai pertahanan yang saya jumpa yang susah (untuk dihadapi). Tapi ada seorang pemain ini yang sentiasa ada dalam sejarah saya. Ketika menentang Terengganu, ada seorang pemain ni, nama dia Fabio (Flor), pemain import dari Brazil.

“Saya cukup benci dia. Saya cukup tak suka dia. Kalau lawan Terengganu, dia ada, memang saya tak suka. Sebab dia fizikal. Satu, dia tinggi. Satu lagi, dia keras. Main di Terengganu memang susah.

Ad

“Nak menang dengan Terengganu memang susah sebab dia (Fabio Flor) main. Sebab apa saya tak suka, sebab dia main menggunakan fizikal,” jelas Safee Sali dalam Sports Tarik.

Ad

Kini Safee sudah tidak lagi beraksi dalam kancah bola sepak profesional selepas mengumumkan persaraannya pada Februari 2023. Pasukan terakhir yang diwakili Safee adalah Kuala Lumpur City FC (KL City).

Ad