Safee Sali Terharu, Rakyat Indonesia Masih Mengingatinya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Safee Sali menzahirkan rasa terharu kepada para penyokong yang menyatakan sokongan terhadap pandangan yang diutarakan oleh beliau mengenai situasi semasa bola sepak Malaysia.

Pemain berusia 38 tahun ini telah memuat naik satu hantaran berkaitan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan muda negara apabila tersingkir dalam kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun baru-baru ini.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen kedua-dua negara yang merasakan bahawa prestasi negara tidak berapa pada tahap yang sebenar.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Safee juga melihat reaksi ini sebagai satu perkara yang positif untuk perkembangan bola sepak serumpun sungguhpun terpaksa menerima hakikat bahawa perjalanan bola sepak negara tidak berlangsung seperti yang diinginkan.

‘Kepada semua netizen-netizen +62 yang memenuhi ruangan komen postingan saya, ini menunjukkan penyokong saya sentiasa mengambil berat perkembangan bola sepak kedua-dua negara.’

‘Ini semangat yang positif.’

Advertisements

Namun begitu, bekas penyerang Pelita Jaya ini tidak senang dengan sesetengah komen yang dilemparkan oleh netizen secara keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan air muka kedua-dua belah pihak.

Malah, Safee melihat bahawa bola sepak seharusnya menjadi medium yang boleh mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara selain mahu melihat kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Malaysia mahupun Indonesia.

‘Perkara paling penting ialah bola sepak itu seharusnya menghubung dan menyatupadukan kedua-dua negara jika semuanya matang,’- Jelas Safee dalam hantaran tersebut.

Advertisements

Kini, kedua-dua negara sedang melakukan persiapan yang rapi dalam usaha untuk memberikan yang terbaik pada kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram