Safee Sali Yakin Ada Cubaan Nafuzi Zain Berhubung Dengan Pengadil Dalam Padang
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan PDRM berakhir dengan kemenangan dicatat The Cops, 1-0.

Tercetusnya beberapa insiden dan dua layangan kad merah menghiasi aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam semalam. Hasrat skuad Sang Kenari untuk mencetak jaringan demi memastikan kemenangan tercatat di laman sendiri tidak kesampaian ekoran tekanan yang membelenggu pasukan di dalam padang.

Dalam ulasan pasca perlawanan Kedah dan PDRM di Astro Arena, dua lagenda Harimau Malaya iaitu Nizaruddin Yusof dan Safee Sali berkongsi pendapat masing-masing berkenaan insiden tersebut.

Advertisements

“Itu daripada reaksi tidak puas hati. Mungkin coach Nafuzi nampak hanya kad kuning yang akan dilayangkan tetapi sebaliknya,” kata Nizaruddin Yusof.

Bekas pemain KL City, Safee Sali pula menganggap ada cubaan daripada Nafuzi untuk berkomunikasi dengan pengadil dengan menggunakan mikrofon pengadil keempat.

Advertisements

“Saya rasa coach Nafuzi mungkin menggunakan mikrofon yang berada pada pengadil keempat untuk bercakap kepada ref di atas padang. Mungkin beliau menyampaikan sesuatu yang tak sepatutnya.” ujar Safee Sali.

Selepas pengadil melayangkan kad merah kepada kapten pasukan iaitu Manuel Ott dan pengendali Kedah Nafuzi Zain, PDRM mengambil kesempatan tersebut untuk mengubah momentum permainan. Akhirnya anak buah kendalian Azzmi Aziz berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Bruno Suzuki.

Advertisements

PDRM cemerlang mencatat kemenangan pertama sementara Kedah peroleh kekalahan pertama dalam saingan Liga Super selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kedah Darul Aman bakal berdepan cabaran Penang pada Rabu depan manakala pasukan PDRM akan bertemu Terengganu pada Sabtu, 11 Mac 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram