Safiq Rahim Anggap Panggilan Ke Skuad Kebangsaan Tiada Yang Istimewa
Dunia
Harian Metro
Advertisements

Pemain berpengalaman Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim itu menyatakan bahawa kali terakhir memimpin pasukan selaku kapten lima tahun lalu mengakui teruja dapat kembali menabur bakti bersama pasukan negara.

Namun begitu, pemain yang berusia 34 tahun itu menganggap panggilannya ke kem kebangsaan tiada tugas yang istimewa kerana setiap pemain yang dipilih jurulatih baharu ini sudahpun diberikan peranan masing-masing.

Dalam pada itu, Safiq mengakui tidak mahu dilabelkan pemain lama atau baharu kerana beliau anggap dirinya sama sahaja seperti pemain yang lain dan ada matlamat yang sama untuk membantu pasukan ke satu peringkat yang tinggi.

Advertisements

“Tiada apa yang istimewa kerana kebanyakan pemain dipilih menyertai skuad ini mempunyai kelebihan masing-masing dan tugas yang ditetapkan. Jadi tidak salah untuk saya dapat memberikan sesuatu dalam pasukan.”

Apa yang pasti saya sifatkan diri saya ini baharu sama seperti pemain muda lain yang berada dalam skuad ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang kini tersenarai dalam kalangan 30 pemain yang dipilih Pan Gon menjelang aksi Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura minggu depan sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun.

Advertisements

Pemain yang melaporkan diri dijadual berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil selama lapan hari sebelum berlepas ke Singapura pada 22 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram