Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim diberi kepercayaan Kim Pan-gon untuk kembali menyertai kem negara musim ini sekaligus membuktikan prestasinya yang cemerlang ketika menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0.
Pemain yang berusia 35 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dengan bergandingan bersama Syamer Kutty dan Kogileswaran Raj.
Safiq membuktikan bahawa beliau layak berada dalam skuad utama pada malam ini selepas memulakan aksi dengan cukup bertenaga.
Bukan itu sahaja, Safiq Rahim yang pantas membuka ruang untuk pemain di bahagian serangan dengan melakukan hantaran pada Syafiq Ahmad sebelum Syafiq melorongkan bola kepada Akhyar yang berada dalam kotak penalti.
Namun, disebabkan keberanian dan pengaruhnya mengemudi di barisan tengah yang dipamerkan pemain berpengalaman ini sekaligus membuatkan pemain lain lagi berani kehadapan untuk memberi tekanan dan mengatur serangan kepada pihak lawan.
Beliau digantikan oleh rakan sepasukan, Liridon Krasniqi untuk mengisi posisi pemain tengah Harimau Malaya.
Malaysia akan turun berdepan pasukan Singapura pada Sabtu ini untuk terus mengekalkan rentak kemenangan pada malam ini.