Safiq Rahim: Pasukan Ini Boleh Pergi Jauh
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yakin dengan kemampuan skuad Harimau Malaya untuk melakar lebih banyak kejayaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Safiq Rahim mengakui bahawa skuad Harimau Malaya telah mempelajari banyak perkara baharu dari segenap sudut selama tempoh perkampungan mereka bersama. Jeneral tengah itu berpendapat bahawa persiapan skuad kebangsaan sudah berjalan dengan lancar.

 “Syukur Alhamdulillah dengan kita punya persiapan untuk pasukan kebangsaan berjalan dengan baik dengan pengendali yang baru untuk pasukan negara jadi dalam 10 hari ini kita banyak pelajari benda-benda yang baru untuk pasukan kebangsaan.”

Advertisements

Safiq dalam pada itu juga yakin dengan kemampuan skuad kebangsaan kali ini untuk melakar kejayaan dengan lebih banyak.

Beliau berpandangan rakan sepasukannya yang lain turut memberi respon positif dan sentiasa memahami kehendak serta percaturan Kim Pan-gon dengan baik.

“Jadi saya punya pandangan Insya Allah, pasukan ini boleh pergi jauh dengan pengendali yang baru di mana kita lebih memahami dan faham apa kehendak beliau,” ujar Safiq dalam satu sidang media, seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram