Kepulangan Safiq Rahim Rancakkan Percaturan Pan-gon
Dunia
The Star
Advertisements

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kembali membuat kemunculan di pentas bola sepak antarabangsa apabila beliau berada dalam senarai 30 orang pemain yang diumumkan hari ini.

Safiq antara salah seorang pemain yang dipilih oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bersama-sama 13 orang lagi pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas kapten pasukan kebangsaan pernah menyatakan bahawa kepulangan beliau ke pasukan Harimau Selatan ibarat cinta berputik semula apabila beliau kembali mencintai bola sepak yang mengalir dalam darahnya selama ini.

Advertisements

Malah, perancang tengah berpengalaman ini menzahirkan keinginannya untuk kembali menabur bakti bersama pasukan kebangsaan sebelum beliau menamatkan perjalanan karier profesionalnya.

‘Saya tidak mahu bercakap berapa tahun lagi saya boleh bermain tetapi selagi saya masih boleh memberikan yang terbaik buat pasukan, komitmen buat pasukan ini, dalam latihan dan perlawanan, selagi itulah saya akan bermain.’

Advertisements

‘Saya sedia menyahut cabaran dan Insya-Allah, jika diberikan peluang untuk kembali bersama pasukan kebangsaan, saya akan memberikan yang terbaik buat negara sebelum saya mengakhiri penampilan saya sebagai pemain bola sepak.’ -Jelas beliau kepada Zulhelmi Zainal Azam.

Namun begitu, beliau percaya bahawa sokongan daripada semua pihak, terutama keluarga, isteri, dan ibu-bapa untuk terus mempamerkan aksi yang terbaik bersama Malaysia.

Advertisements

Usia bukanlah penghalang buat pemain berusia 35 tahun ini untuk terus memperagakan aksi yang cukup mengujakan apabila menjadi watak penting pasukan pada musim lalu.

Safiq membentuk gandingan yang cukup mantap apabila mengemudi pasukan Harimau Selatan untuk meraih kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.

Advertisements

Beliau juga tidak kurang bisanya ketika beraksi di pentas bola sepak tertinggi Asia apabila menampilkan aksi yang cukup baik dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

Pengalaman dan kemampuan teknikal anak jati Selangor ini menjadi aset terbesar pasukan setelah kehilangan beberapa tonggak utama pada kejohanan Piala AFF Suzuki sebelum ini telah merencatkan jentera tengah pasukan.

Malaysia bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Filipina hujung bulan ini yang berlangsung di Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram