Safuwan Baharudin Bakal Sertai Kelab Gergasi Pantai Timur?
Dunia
Selangorfc
Advertisements

Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin dikhabarkan bakal sertai kelab dari Pantai Timur, Terengganu bagi musim baharu nanti. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan the Star, T. Avineshwaran di laman twitter miliknya yang menyatakan bahawa pemain tengah Selangor itu akan berpindah ke kelab gergasi Pantai Timur. 

Pemain berusia 31 tahun ini merupakan salah seorang watak penting dibahagian tengah dan pertahanan Selangor sejak beliau menyertai gergasi merah itu pada tahun 2019.

Advertisements

Namun, kecederaan serius yang dialaminya dibahagian kepala pada tahun 2021 adalah bermulanya kurang minit permainan menyebabkan beliau tersisih dalam skuad utama Selangor. 

Pada bulan Julai yang lalu, beliau sekali lagi mengalami kecederaan dibahagian kepala (traumatic brain injury) menyebabkan Selangor terpaksa melupakan khidmat beliau untuk meneruskan bagi perlawanan pada musim ini. 

Untuk rekod, Safuwan Baharudin hanya beraksi sebanyak 5 perlawanan sahaja dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Advertisements

Pengalaman yang luas dimilikinya dalam saingan Liga Malaysia pasti ditagih oleh pasukan Terengganu bagi menggantikan beberapa tonggak utama gergasi Pantai Timur itu yang dikhabarkan meninggalkan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram