Saham Dion Cools Jatuh Merudum
Dunia
Dion Cools
Advertisements

Pertahanan kanan Harimau Malaya, Dion Cools menunjukkan nilai pasaran yang menurun ketika ini tatkala tanda harga beliau sedang jatuh. Jika disemak di laman sesawang Transfermarkt.com, nilai Dion Cools kini telah menurun sebanyak 150,000 Euro.

Pemain yang sedang berkelana di bumi Eropah ini telah menunjukkan persembahan mantap dan sering menjadi taruhan utama dalam kesebelasan utama pasukan. Bagaimanapun, sosok individu yang menjadi tulang belakang pasukan kebangsaan ini telah mengalami musim yang sukar bersama pasukannya.

Nilai pasaran beliau kini ialah 850,000 Euro iaitu bersamaan RM 3.9 juta. Harga beliau menurun kerana sebelum ini pada 28 Disember 2021, nilai Dion Cools ialah 1 juta euro iaitu bersamaan RM 4.6 juta.

Advertisements

Penurunan nilainya ini juga bertitik tolak daripada kepulangan semula Cools ke bumi Belgium. Setelah beliau kurang mendapat minit permainan di kelab asalnya, FC Midtjylland, Dion Cools kini telah dipinjamkan untuk beraksi bersama SV Zulte Waregem di Liga Belgium.

Bagaimanapun, pemain yang berusia 26 tahun ini kini masih mengungguli carta ‘Most Expensive Malaysia Players’ dengan nilai pasaran tertinggi diikuti Corbin Ong di kedudukan kedua dan Liridon Krasniqi di kedudukan ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram