Pertahanan kental MK Dons, Sam Sherring meninggalkan petanda besar kepada rakyat Malaysia.
Pemain berusia 24 tahun itu pernah meniti di bibir rakyat Malaysia selepas laman Transfermarkt mengesahkan bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
Bekas pemain Akademi Bournemouth di England itu telah beraksi sebanyak 4 perlawanan di League Two bersama MK Dons.
Beliau bagaimanapun meninggalkan penyokong setia Harimau Malaya dengan petanda besar apabila memberi bayangan benar memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
Hal ini selepas beliau meninggalkan komen pada satu hantaran oleh penjaga gol England, James Trafford yang mendapat liputan meluas di media sosial.
Beliau telah merekodkan 77 penampilan sepanjang dua tahun bersama Northampton dan beraksi secara konsisten selaku pertahanan utama pasukan.
Sam melengkapkan perpindahan dari kelab Northampton ke MK Dons pada Julai 2024 selepas berkelana bersama beberapa kelab seperti Weymouth, Torquay, Cambridge United dan Northampton.

Terdapat juga beberapa pemain lain yang dikaitkan berketurunan Malaysia seperti Josh Brownhill, Zien Flemming dan juga Iggy Heuben namun masih belum ada pengumuman rasmi setakat ini.