Sanusi Digelar Legenda Sebenar Bola Sepak Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor boleh digelarkan sebagai legenda sebenar dalam bola sepak Kedah jika pencapaian pasukan Kedah berjaya meningkat.

Banyak jasa yang beliau laksanakan untuk membangunkan bola sepak Kedah sehingga kini semenjak beliau dilantik sebagai Presiden KFA. Perkara ini dikongsikan di dalam satu hantaran di laman Facebook Sembang Orang Kedah. 

Sebelum ini pernah berlaku gaji pemain dan pengurusan tertunggak selama 4 bulan di dalam pengurusan lama Kedah FC. Sanusi yang telah menyelesaikannya tanpa menggunakan duit kerajaan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau juga mencari duit membayar tunggakkan badan berkanun untuk mendapatkan lesen bermain dengan MFL.

Bagi musim 2021 yang lepas dan juga syarat-syarat yang baru, Sanusi turut berjaya menubuhkan sebuah syarikat untuk dijadikan sepenuhnya hak milik Kedah Darul Aman FC.

Satu demi satu beliau rencanakan sehingga pasukan bola sepak Kedah berjaya mengharungi musim 2021 tanpa hutang dan gaji tertunggak.

Advertisements

Selain itu, sejak beliau dilantik sebagai Presiden KFA dan pencari dana utama, Sanusi tidak pernah mengambil walaupun sedikit elaun dan saguhati daripada KFA mahupun KDAFC. Tindakan ini seharusnya diberikan pujian dan contoh untuk semua.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram