Sarawak United ‘Berhutang’ Dengan E. Elavarasan
Liga M3
FA Malaysia
Advertisements

Skala sebenar masalah kewangan Sarawak United terus mengundang keresahan penyokong The Golden Hornbill. Selepas pendedahan mereka masih belum melangsaikan tunggakan gaji dengan B. Sathianathan, kini mereka juga dikatakan belum menyelesaikan hutang dengan jurulatih lama mereka, E. Elavarasan.

Situasi kelab Liga M3 itu didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman. Ini berdasarkan keputusan Jawatankuasa Status FAM yang mengarahkan The Golden Hornbill membayar pampasan kepada kedua-dua jurulatih dalam tempoh yang ditetapkan.

Hutang kelab dengan Elavarasan dipercayai berlaku semasa beliau mengemudi Sarawak United dari 2020 hingga 2021. Bekas jurulatih PDRM itu kemudiannya meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan selepas menerima tawaran sebagai penolong jurulatih kepada jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Advertisements

“Jawatankuasa Status FAM bukan hanya menetapkan keputusan supaya Sarawak United perlu membayar kepada Sathia saja. Namun, turut membabitkan Elavarasan ketika beliau mengendalikan pasukan itu.

“Keputusan terbabit diputuskan baru-baru ini turut membabitkan tuntutan lain. Namun, perkara utama adalah membabitkan tunggakan gaji yang perlu dibayar Sarawak United kepada kedua-dua jurulatih itu,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Sehubungan dengan itu, satu pemakluman telah dibuat kepada Sarawak United agar menyelesaikan hal ini dengan segera. Jika The Golden Hornbill dilihat liat menyelesaikan masalah ini, hukuman keras bakal menanti mereka termasuk pemotongan mata.

Advertisements

Ketika ini, pasukan itu menduduki tangga ke-13 Liga M3 tanpa mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram