Sardor Qulmatov Pemain Import Baru Terengganu?
Dunia
AFC
Advertisements

Selepas berjaya mendapatkan Sony Norde dan Adisak Kraisorn, Terengganu terus sibuk memperkuat kesebelasan utama mereka. Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pape Diakite, skuad Penyu dikatakan bakal mengikat khidmat pemain Uzbekistan, Sardor Qulmatov.

Berita perpindahan pemain Sogdians itu didedahkan oleh akaun Twitter @_UzbekFootball yang dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di akaun rasmi Twitternya.

Bek tengah Uzbekistan itu menghabiskan sebahagian besar karier permainannya dengan Sogdiana Jissakh dan membuat 143 penampilan bersama Sogdians. Menariknya, peminat-peminat KL City sudah berpeluang melihat Qulmatov kerana Sogdiana Jissakh merupakan lawan KL City di Final Antara Zon Piala AFC musim ini.

Advertisements

Perlawanan penuh menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebelum penentuan sepakan penalti dibuat bagi menentukan pemenang final. KL City kemudiannya mara ke final Piala AFC selepas semua pengambil penalti City Boys menyempurnakan penalti mereka dan penjaga gol Kevin Ray Mendoza menafikan penalti Shakhboz Djurabekov.

Kehadiran Qulmatov diharap dapat mengisi kekosongan di bahagian bek tengah. Ini selepas kontrak Pape Diakite bersama 11 lagi pemain tidak diperbaharui skuad Penyu. Selain beraksi di bek tengah, Qulmatov juga boleh beraksi di bek kanan, bek kiri dan pemain tengah bertahan. Kebolehannya beraksi di pelbagai posisi bakal menjadi aset kepada pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram