Dunia
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) sentiasa berusaha untuk menjadi kelab yang terbaik dalam semua aspek sama ada di dalam padang mahupun di luar padang. JDT kini dalam proses menjadi kelab pertama Asia Tenggara dan Malaysia bernilai RM 1 Bilion.

Pemilik kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim sering memperkatakan kepada semua penyokong bahawa misi JDT bukan hanya memenangi piala sahaja tetapi menerapkan elemen kelas pertama dalam segala segi. Tiada guna jika JDT membolot semua piala yang dipertandingkan tetapi tidak meninggalkan legasi kepada penyokong dan rakyat negeri Johor.

Baginda turut membuat perbandingan contoh dengan dua tokoh Kaisar empayar seperti Julius Caesar dan Gengis Khan. Menurut baginda, Julius Caesar bijak membuat kejayaan yang dapat meninggalkan legasi yang boleh dibanggakan kepada generasi kemudian. Berbanding dengan Gengis Khan yang membuat kejayaan tetapi kurang terkenal.

Advertisements
fasiliti jdt Sasaran JDT 'Is A First Class'
Antara elemen kelas pertama JDT adalah termasuk fasiliti yang bertaraf dunia

Dengan pelbagai fasiliti yang sudah dan akan dibangunkan, JDT akan menjadi kelab pertama yang mempunyai ‘financial power’ dan mampu bertahan dengan dana sendiri untuk tempoh masa yang panjang.

Menurut baginda lagi, matlamat ini adalah matlamat bersama antara pemilik, pengurusan dan penyokong yang perlu bersatu bagi memastikan segala perancangan mampu menjadi kenyataan agar menjadi contoh kepada semua pasukan yang bertanding.

Oleh itu, ‘JDT Is A First Class’ adalah sasaran awal buat juara Liga Super enam kali berturut-turut ini kerana JDT sentiasa ingin menjadi yang terbaik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram