“Saya Nak Sangat Hadiahkan Final Kepada Penyokong” – Nafuzi Zain
Dunia
Ultras Tranung
Advertisements

Kekecewaan Nafuzi Zain selepas tamat 180 minit aksi separuh akhir Piala Malaysia, pastinya boleh difahami.

Sejak dari awal, pengendali Terengganu itu sememangnya mensasarkan mahu membawa pasukannya layak ke final edisi kali ini, sebagai hadiah manis buat penyokong sebelum berpisah.

Namun, Selangor memusnahkan impian itu. Nafuzi berjaya memimpin pasukannya mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi timbal balik di Gong Badak tetapi ternyata kekalahan 1-3 di Petaling Jaya dalam aksi pertama, begitu mahal harganya.

Advertisements

“Kita bermain dengan baik dari awal hingga minit akhir, kita berterusan mencuba menjaringkan gol. Selepas mendahului kita ada peluang lagi di separuh masa kedua tetapi Selangor malam ini bertahan dengan baik, betul-betul berdisiplin, bermain sebagai satu unit, ia banyak menyukarkan kita untuk menjaringkan gol. Kita pula bertarung dengan masa, jadi ia memberi sedikit tekanan.

“Memang kita berazam ke final bagi menamatkan musim ini dengan cemerlang. Setelah melalui perjalanan liga yang sukar sebelum mendapat tempat kedua dan layak ke AFC, mara ke final Piala FA, jadi jika kita layak ke final ia akan menjadi satu musim yang sangat sukses.

“Kita ada peluang tapi kita dah cuba yang terbaik, kita akur dengan kualiti lawan. Mungkin inilah lawan pertama kita yang memberi laluan sukar kepada kita di laman sendiri.

Advertisements

“Memang kita mahu ke final, terutamanya saya mahu beri hadiah kepada penyokong, tengok malam ini penyokong hadir memenuhi stadium, saya mahu beri suatu yang manis untuk aksi terakhir di sini, mahu sangat hadiahkan final ini kepada penyokong, kerana mereka sentiasa bersama saya di waktu yang sukar.

“Itu yang saya sedih kerana tidak dapat mara ke final. Apapun, saya akan rindui suasana di sini dan merindui penyokong Terengganu,” ujar Nafuzi selepas perlawanan.

Beliau selepas ini dikaitkan akan mengemudi pasukan Kedah namun belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram