“Saya Tidak Akan Beraksi Buat Harimau Malaya”
MakanBola
Athletic B/Sefutbol

Tonggak kelahiran Sepanyol, Mikel Jauregizar menafikan peluang untuk beraksi buat Harimau Malaya.

Pemain muda berusia 21 tahun itu kini beraksi di LaLiga bersama kelab terkemuka, Athletic Bilbao dan pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

Baru-baru ini, laporan daripada wartawan Thailand, Offeris Wichitchote mendakwa bahawa pemain ini memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

“Separuh akhir UEL ke Harimau Malaya. Mikel Jauregizar adalah warganegara Malaysia,” lapor Offeris Wichitcote dalam satu hantaran.

Situasi ini menjadi bualan hangat peminat hingga mendapat perhatian media-media besar di Sepanyol dan sekitar Eropah tatkala Mikel Jauregizar turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

Perkara ini bagaimanapun telah disangkal oleh Mikel yang juga merupakan tonggak pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 21 tahun (b-21).

 Mikel Jauregizar dalam satu bual eksklusif oleh Marca menjelaskan bahawa laporan itu tidak benar setelah menonton video yang dihantar oleh rakannya.

”Orang ramai mereka-reka cerita,” kata Mikel Jauregizar kepada laman berita terkenal Sepanyol itu.

”Mustahil (untuk wakili Malaysia). Kawan saya menghantar video wartawan tersebut yang mengatakan saya berdarah Malaysia.

Beliau juga menafikan peluang untuk melihat dirinya beraksi buat Harimau Malaya suatu hari nanti.

”Saya tidak akan bermain untuk Malaysia,” ujar Mikel Jauregizar secara ringkas.