“Saya Tidak Pernah Sekalipun Membelakangkan Negara Saya” – Cristiano Ronaldo
Dunia
FIFA via Patrick Smith
Advertisements

Tersingkirnya Portugal daripada Piala Dunia Qatar 2022 selepas kekalahan tidak diduga kepada Maghribi, maka berakhir juga lah impian Cristiano Ronaldo untuk menoktahkan karier dengan menjulang trofi paling agung dan berprestij itu.

Lima kali dia mencuba, semuanya berakhir dengan kegagalan, namun kegagalan di bumi Qatar pastinya paling menyedihkan, paling beremosi kerana ini adalah peluang terakhirnya menjulang Portugal sebagai juara dunia tatkala mereka hadir dengan menghimpunkan antara skuad terbaik.

Portugal mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan H dan cemerlang membelasah Switzerland 6-1 dalam laluan ke suku akhir, tetapi mendapati Maghribi terlalu liat untuk mereka jinakkan.

Advertisements

Ronaldo masuk sebagai pemain gantian di separuh masa kedua dan tidak banyak yang dapat dilakukannya untuk menterbalikkan keputusan.

Jelas, tangisannya tidak dapat disembunyikan, dan dia akhirnya meluahkan segala yang terpendam di instagramnya.

“Memenangi Piala Dunia bersama Portugal adalah impian dan cita-cita paling tinggi dalam karier saya. Saya pernah menang pelbagai kejuaraan di pentas antarabangsa, secara peribadi, untuk kelab dan termasuk juga untuk Portugal, namun mahu menjulang dan meletakkan nama negara yang sangat saya cintai ini di peringkat tertinggi telah menjadi satu impian sejak saya mengenali bolasepak.

Advertisements

“Saya telah berjuang untuk itu, berjuang keras dalam lima penampilan, sepanjang 16 tahun lalu, saya menjaringkan gol, memberikan yang terbaik bersama-sama pemain-pemain hebat, dan sokongan berjuta rakyat Portugis.

“Saya mengorbankan segalanya demi impian ini, tidak pernah sekalipun memalingkan wajah saya terhadap perjuangan negara saya, dan saya tidak pernah berputus asa terhadap impian tersebut.

“Malangnya semalam mimpi itu berakhir, ia tidak berbaloi untuk saya melepaskan kemarahan. Saya hanya mahu semua orang tahu bahawa banyak yang telah diperkatakan, banyak yang telah ditulis, banyak spekulasi dan andaian telah dibuat mengenai saya, tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak pernah sekalipun berubah.

Advertisements

“Saya sentiasa seorang yang berjuang untuk kepentingan pasukan dan brkongsi matlamat sama seperti semua orang, saya tidak pernah dan tidak akan membelakangkan rakan sepasukan dan negara saya.

“Buat masa ini, tidak banyak lagi yang perlu diperkatakan. Terima kasih Portugal, terima kasih Qatar, mimpi itu indah sewaktu ia berlaku. Kini sudah tiba masanya untuk menjadi penasihat yang baik dan membenarkan setiap orang membuat kesimpulan sendiri,” ujar Ronaldo.

Secara keseluruhan, Ronaldo telah membuat 196 penampilan bersama Portugal dan mengumpul 118 gol, tujuh daripadanya di Piala Dunia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram