Sedih Lihat Kejatuhan Bolasepak Kelantan, Norfarhan Letak Keyakinan Pada Zamsaham
Liga Super
Advertisements

Melihat skuad Kelantan yang pernah dijulangnya kira-kira sedekad lalu mengalami zaman kejatuhan dan hilang status sebagai kuasa besar bolasepak tanah air, ternyata mengecewakan bekas penyerang sensasi pasukan itu, Norfarhan Muhammad.

Dari tahun 2009 hingga 2013, Kelantan begitu dominan, dilabel gergasi bolasepak tanah air dan berjaya menjulang tujuh trofi secara keseluruhan.  

Jaringan tunggal Norfarhan menyaksikan Kelantan menjulang Piala FA 2013 dengan menewaskan Johor Darul Takzim, dan sehingga ke momen ini ia kekal sebagai trofi terakhir dimenangi skuad The Red Warriors.

Advertisements

Bukan sahaja kemarau trofi, tetapi masalah kewangan, pertukaran kepimpinan serta konflik dalaman di Persatuan Bolasepak Kelantan selepas itu, menyaksikan mereka bergelut sehingga tersingkir ke Liga Premier pada 2018.

Kini, selepas empat tahun, Kelantan akan kembali ke Liga Super musim depan, dan Norfarhan atau sinonim dengan gelaran Ben-10 berharap ia akan menjadi titik tolak kebangkitan TRW untuk menjadi pasukan yang kembali digeruni.

Menurutnya masa depan bolasepak Kelantan cukup cerah namun apa yang penting bagi Norfarhan, penyokong tidak berputus asa dengan setiap perancangan oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman.

Advertisements

“Bukan saya sahaja, pemain yang pernah beraksi dengan Kelantan semua sedih, tertanya-tanya kenapa sampai jatuh sebegitu. Pada saya, kita patut berterima kasih kepada Bos Zam, kerana sudi ambil Kelantan yang mana kalau tiada orang ambil Kelantan akan bungkus.

“Kehadiran Bos Zam, sekarang perlahan-lahan kita lihat Kelantan naik balik, dulu tiada penyokong, sekarang ada balik. Dulu begitu struggle, sekarang di bawah kendalian coach Rezal Zambery, kita dapat lihat pemain-pemain muda boleh bermain dan perform.  

“Sekarang Kelantan sedang menuju kejayaan dan ada masa depan. Harapan saya Kelantan kembali disegani, tiada yang mustahil. Harap team Bos Zam konsisten dan penyokong juga sentiasa menyokong.

Advertisements

Kehadiran penyokong ke stadium sudah tentu boleh menaikkan semangat Bos Zam untuk berbelanja lebih besar,” ujar Norfarhan dalam sesi temubual bersama Makan Bola bersempena Hari Sukan Negara anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.  

https://fb.watch/g3wg8gnKhd/

Norfarhan juga melabel penyokong Kelantan antara yang terbaik di Liga Malaysia dan berterima kasih kepada mereka atas sokongan ditunjukkan sepanjang tiga kali dia menabur bakti di negeri itu.

“Pada ketika itu, malah sekarang pun penyokong Kelantan masih lagi menunjukkan sokongan tak berbelah bahagi tak kira siapa pegang. Kepada penyokong Kelantan, saya ambil kesempatan ucap terima kasih dari hati saya.

Advertisements

“Selama saya di Kelantan, sokongan anda memang tidak mampu balas. Maaf saya tak dapat bagi hadiah apa-apa, cuma beberapa piala. Harap penyokong masih mengingati saya dan semua pemain ketika itu,” ujarnya yang masih mengekalkan hubungan baik bersama penyokong pasukan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram