Aksi Selangor vs JDT menyaksikan kelibat 3 pemain berjaya mencuri perhatian penyokong termasuklah Nacho Mendez.
Perlawanan tumpuan ramai kali ini menemukan Selangor dan JDT yang turun beraksi di Stadium MBPJ dengan kedua-dua kelab membawa misi 3 mata untuk kekal di kelompok atasan Liga Super.
Kemenangan bagaimanapun memihak pasukan JDT dengan keputusan 2-0 hasil jaringan sendiri Richmond Ankrah selain penyudah berbisa Bergson di lewat permainan untuk pelawat meraih 3 mata.
Kelibat pemain tengah JDT, Nacho Mendez tampak begitu luar biasa pada perlawanan tersebut dengan impak segera dan kawalan tempo permainan yang baik untuk membantu pasukan.
Selain Nacho Mendez, 3 lagi pemain turut mempamerkan persembahan hebat sehingga mendapat penilaian tinggi daripada laman statistik terkemuka dunia, Sofascore ketika aksi Selangor vs JDT ini.
1- Oscar Arribas (8.7)
Rating tertinggi diterima oleh Oscar Arribas selepas berhasil menyumbang 7 key passes di sepanjang 90 minit permainan dengan 83% hantaran tepat yang dilakukan tonggak warisan Filipina-Sepanyol ini.
Malah, Oscar Arribas turut melakukan hantaran umpan untuk Bergson Da Silva buat jaringan kedua JDT di penghujung aksi sekaligus menutup malam gemilang skuad Harimau Selatan.
2- Eddy Israfilov (7.6)
Pertahanan tinggi lampai ini begitu cekap mengawal situasi dengan statistik hebat di benteng JDT apabila merekodkan dua clearances, 6 recoveries dan 3 kali memenangi ground duels.
3- Nacho Mendez (7.6)
Nama Nacho Mendez sememangnya menjadi bualan ramai ketika aksi semalam dengan ketenangan mengawal tempo permainan selain berjaya mengumpan kepada gol pertama JDT.
4- Ager Aketxe (7.5)
Gandingan ampuh di jentera tengah JDT turut disumbang oleh persembahan cemerlang Ager Aketxe yang memberi impak dengan 84% hantaran tepat berjaya dicipta pemain kelahiran Sepanyol ini.
Selangor.
Kalamullah Al-Hafiz – 6.2
Quentin Cheng – 6.4.
Richmond Ankrah – 6.7.
Mamadou Diarra – 6.9.
Mo Abualnadi – 6.9.
Nooa Laine – 6.6.
Noor Al Rawabdeh – 5.6.
Mukhairi Ajmal – 5.7.
Syahir Bashah – 6.6.
Faisal Halim – 7.1.
Chrigor Moraes – 7.1.
Zikri Khalili* – 6.1.
Omid Musawi* – 6.4.
Fazly Mazlan* – Tiada
JDT.
Syihan Hazmi – 7.0.
Shahrul Saad – 6.8.
Eddy Israfilov – 7.6.
Antonio Glauder – 7.1.
Corbin Ong – 7.3.
Oscar Arribas – 8.7.
Ager Aketxe – 7.5.
Nacho Mendez – 7.6.
Afiq Fazail – 6.7.
Manuel Hidalgo – 6.8.
Jairo Da Silva – 6.6.
Bergson Da Silva* – 7.0.
Teto Martin* – 7.0.
Matt Davies* – 6.5.
Natxo Insa* – 6.8.
Keputusan 2-0 ini meletakkan JDT gah di takhta Liga Super dengan mengumpul 39 mata hasil 13 kemenangan berturut-turut sementara Selangor kekal di tangga ke-4, mengutip 25 mata.
Selepas ini, JDT akan bertandang ke Paroi untuk perlawanan berdepan Negeri Sembilan pada Jumaat, 9 Januari manakala Selangor akan terbang ke Brunei untuk menghadapi cabaran DPMM.