Selangor Berdepan Tugas Sukar Hadapi 5 Perlawanan Awal Liga Super 2020
Dunia
Advertisements

Badan pentadbir Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan jadual baru Liga Super bagi musim 2020 yang bakal membuka tirainya bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.

Perlawanan Piala Sumbangsih diantara juara Liga Super 2019, Johor Darul Takzim (JDT) menentang juara Piala FA 2019 iaitu Kedah yang akan berlangsung di stadium baharu bakal menjadi perlawanan tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, MFL hanya mengesahkan jadual 5 perlawanan awal setelah mengambil kira jadual pertandingan AFC Champions League 2020, Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Piala AFF 2020 serta jadual perlawanan skuad kebangsaan mengikut Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisements

Baki jadual perlawanan yang akan datang diumumkan kemudian setelah mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga Pengarah MFL. Selain daripada itu, tarikh-tarikh undian dan perlawanan Piala FA 2020 turut diambil kira dalam penyediaan jadual Liga Malaysia musim ini.

Jadual Liga Super 2020

Bagi skuad Gergasi Merah, Selangor bakal berhadapan tugas sukar dalam 5 perlawanan awal apabila terlebih dahulu bertandang ke tempat lawan bertemu naib juara Liga Super 2019, Pahang pada 29 Februari 2020 di Stadium Darul Makmur.

Selangor kemudiannya akan menentang Perak pada 7 Mac di tempat sendiri. Seterusnya akan menentang Terengganu FC pada 11 Mac, Kedah pada 15 Mac dan PJ City pada 4 April.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah meletakkan sasaran untuk beraksi di peringkat Asia pada tahun 2021 dengan pelbagai persiapan yang giat dijalankan.

“Persiapan rapi giat dijalankan pada masa ini dan kita juga anjurkan perlawanan pra musim, Selangor Asia Challenge untuk membentuk persefahaman baik antara pemain,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram