Selangor FC telah melancarkan sehelai jersi khas buat para pemegang pas bermusim 2020 yang telah mendaftar bagi melepaskan pas bermusim 2020. Jersi khas tersebut dijual pada harga RM139 dan boleh didapati di FASTC POP UP STORE bermula 11 Mac ini.
Difahamkan jersi khas ini adalah sebagai satu tanda penghargaan kepada para pemegang yang melepaskan pas bermusim 2020 sewaktu negara dilanda wabak Covid-19 dan menyebabkan aksi bola sepak liga Malaysia terpaksa diadakan tanpa kemasukan penyokong ke stadium.

Seramai 1,812 pemegang pas bermusim 2020 sahaja yang boleh memiliki jersi eksklusif ini dan rekaan jersi khas ini juga diinspirasikan oleh mereka yang tidak pernah berhenti menyokong perjuangan kelab Selangor menurut laman Instagram Selangor FC,
Apa yang uniknya berkenaan jersi ini ialah ianya turut memaparkan senarai nama para pemegang pas bermusim 2020.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada jersi ini akan dipakai oleh pasukan Selangor dalam saingan Liga Super 2022.