Selangor Jalin Kerjasama Dengan Daikin
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selangor mendapat suntikan semangat menjelang Liga Super musim 2023 selepas menerima tajaan syarikat penyaman udara Jepun, Daikin. Perjanjian tersebut dimeterai pengurusan Merah Kuning dengan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd pada 10 Januari lalu.

Dengan termeterainya penajaan ini, nama Daikin bakal menghiasi jersi latihan dan perlawanan Gergasi Merah sepanjang musim 2023.

Bagi COO Selangor FC, Aladdin Mostafa, perjanjian penajaan ini bersifat menang-menang untuk Merah Kuning dan Daikin.

Advertisements

“Kami di Selangor FC sangat teruja dan berbangga dengan pengumuman ini. Sejak penswastaan SFC, kami sentiasa mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan syarikat gergasi antarabangsa seperti Daikin.

“Ini membuktikan pasukan kita masih mampu menarik minat syarikat bertaraf dunia untuk mengadakan kerjasama bagi mencapai sasaran dan wawasan mereka.

“Sebagai rakan strategik terbaru Selangor FC, kami akan mencuba sedaya upaya untuk membalas kepercayaan diberikan dan kami akan terus berkongsi kepakaran antara satu sama lain bagi mencapai matlamat kerjasama ini,” katanya.

Advertisements

Majlis pemeteraian perjanjian disaksikan oleh Pengerusi Selangor FC, DYAM Tengku Amir Shah Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj, Ketua Pegawai Operasi DMSS, Shogo Ando dan Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi.

Sementara itu, Tengku Amir menyatakan rasa sukacita terhadap kesediaan Daikin menjadi rakan penaja Selangor musim ini.

“Beta ingin mengalungkan ucapan jutaan terima kasih buat Daikin atas kesudian untuk kerjasama ini dan berbesar hati untuk mengucapkan selamat datang ke keluarga Gergasi Merah.

Advertisements

“Beta berharap perjanjian kerjasama ini dapat menarik minat lebih banyak syarikat lain di Malaysia dan di luar negara untuk turut menjadi rakan strategik Selangor FC pada masa hadapan”, titahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram