Selangor FC bakal turun tanpa 2 pemain utama mereka dalam pertemuan menentang KL City apabila kedua-dua pemain tersebut masih lagi mengalami kecederaan ketika perlawanan pra musim lalu. 2 pemain tersebut ialah Brendan Gan dan Safuwan Baharudin menurut laporan Sinar Harian.
Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner mengesahkan perkara tersebut namun beliau tidak terlalu bimbang mengenai kehilangan 2 pemain utama itu memandangkan mereka masih mempunyai beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan tersebut.

Kehilangan Safuwan Baharudin dibahagian pertahanan ketika ini masih mampu digalas beberapa nama seperti Sharul Nazeem serta import baharu, Yazan Al Arab. Selangor juga mempunyai pemain seperti Halim Saari, Mukhairi Ajmal, Aliff Haiqal serta pemain baharu Baha’a Abdulrahman bagi posisi pemain tengah.
“Apa yang saya boleh katakan, pasukan kini sudah bersiap sedia perlawanan pertama Liga Super menentang KL City pada Jumaat,” katanya menurut laporan Sukan Sinar.
Perlawanan pertama antara Selangor menentang KL City ini mengundang tarikan ramai penyokong apabila skuad Selangor kini dilihat semakin mantap serta status KL City yang pernah menjuarai Piala Malaysia pada tahun lalu.