Selangor Mahu Lengkapkan Sembilan Pemain Import
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selepas sebelum ini berpuas hati dengan lapan pemain import, Selangor kini mengubah pendirian mereka. Pengurusan Gergasi Merah tidak keberatan untuk menimbang kemungkinan merekrut pemain import kesembilan bagi membantu pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon. Walaupun dimalukan 4-0 oleh pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), Merah Kuning menunjukkan prestasi yang baik dalam Liga M di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe.

Di sebalik itu, pengurusan Selangor sentiasa terbuka mengadakan perbincangan dengan Cheng Hoe tentang cara menambahbaik pasukan. Ini termasuk menimbang kemungkinan merekrut pemain import kesembilan untuk Merah Kuning.

Advertisements

“Kita akan berbincang dengan jurulatih (Cheng Hoe) bagaimana beliau melihat pemain-pemain yang beliau ada. Sebab sebelum mula liga musim ini, kita tanya dan beliau kata, beliau gembira dengan pemain sedia ada dan sebab itu kita tak penuhkan…kita ‘stop’ kat lapan (kuota import diambil Selangor ialah lapan pemain).

“Kita tak ambil seorang lagi sebab beliau yakin dengan pemain yang beliau ada. Jadi kita tengok macam mana dalam beberapa minggu akan datang ini, dalam enam ke tujuh perlawanan dan kita akan nilai balik.

“Adakah beliau masih gembira ataupun beliau rasa perlu ada (penambahan pemain) untuk memperkuatkan pasukan, jadi ia bergantung kepada jurulatih untuk buat putuskan,” katanya dalam satu temubual bersama Arena Metro.

Advertisements

Satu posisi yang dijangka bakal diisi oleh pemain import kesembilan Selangor ialah posisi tengah menyerang atau nombor 10. Ini kerana mana-mana pemain yang mengisi posisi berkenaan perlu menyokong bahagian serangan yang diterajui Ayron Del Valle dan Rauf Salifu.

“Kalau kita lihat kita perlukan seorang pemain nombor 10 yang bagus, (Yohandry) Orozco itu ada cuma saya rasa peluang bermain itu kurang di mana Alex Agyarkwa dan Noor Al-Rawabdeh itu pun bermain dengan baik.

“Jurulatih tak pasti sama ada mahu menukar pemain (memasukkan Orozco) sedia ada, kita boleh pakai lima orang saja. Setiap kali dia masuk, dia sempat main 10 minit saja dan dia pun tak sempat nak buat apa. Saya rasa kalau diberi masa 90 minit dan dapat kecergasan yang sepenuhnya, dia dapat tunjukkan kreativiti sebenarnya.

Advertisements

“Ayron itu saya lihat dia perlukan sokongan daripada pemain nombor 10. Dia seorang pemain yang begitu taktikal, dan sebab itu pemain nombor 10 penting dalam menyokong dia,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram