“Selangor Miliki Ramai Pemain Berkualiti” – Brendan Gan
Piala Malaysia
Selangor FC
Advertisements

Kapten Selangor FC, Brendan Gan melihat kehadiran ramai pemain berkualiti dalam pasukan itu memadamkan terus dakwaan mereka ialah one-man team.

Susulan penggantungan sebulan yang perlu dijalani pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, ramai menjangkakan Selangor FC akan bergelut tanpa kelibat beliau.

Pada awalnya, sangkaan itu menjadi kenyataan apabila PDRM FC mendahului pada babak pertama menerusi penyerang pinjaman Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Advertisements

Bagaimanapun, dua gol Ayron Del Valle, Harith Haiqal Adam Afkar dan Yohandry Orozco memastikan Merah Kuning ada bekalan selesa untuk aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023 pada 19 Ogos ini.

Bagi Brendan, ini menunjukkan semua pemain mempunyai peranan penting dalam Selangor FC dan mereka perlu bersedia memberi persembahan terbaik bila diminta beraksi di atas padang.

Advertisements

“Ya, saya fikir kita miliki ramai pemain berkualiti dalam pasukan kita. Itu yang kita perlukan, kita bukan one-person team. Anda tahu ada 27 orang pemain yang perlu bersedia diturunkan dalam kesebelasan utama bila jurulatih memanggil mereka.

“Sekali lagi, itu kerja keras di padang latihan di mana orang tidak melihat anda kerja keras. Apa saja perkara yang anda usahakan akan berguna dalam perlawanan.

Advertisements

“Pemain-pemain perlu bekerja keras di padang latihan, bersedia untuk dipanggil sepanjang masa dan beraksi di mana-mana posisi yang jurulatih mahukan.

“Dan harapnya, ia satu perkara positif di mana semua pemain dapat mengisi posisi tak kira apa taktik yang kita gunakan,” katanya kepada MakanBola semalam.

Advertisements

Brendan mengharapkan usaha keras para pemain dapat diteruskan apabila mereka bersemuka dengan seteru setempat, KL City FC dalam aksi Liga Super pada 8 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram