Selangor Perkenal Pas Bermusim Harga Rahmah
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pasukan Selangor FC hari ini telah memperkenalkan tawaran pas bermusim untuk tahun 2023 khas buat semua penyokong The Red Giant .

Atas permintaan ramai peminat Gergasi Merah, pendaftaran pas bermusim bagi saingan Liga Malaysia 2023 ini bermula pada hari ini sehingga 6 Mac 2023. Terdapat tiga pakej yang ditawarkan Selangor kepada para penyokong.

Pakej pertama adalah untuk kanak-kanak yang dijual pada harga RM49. Pakej ini memberi akses masuk untuk semua perlawanan home dan disediakan laluan pintu masuk khas.

Advertisements

Pakej kedua adalah pas bermusim Open yang dijual untuk semua peringkat umur. Kelebihannya sama seperti pas bermusim buat kanak-kanak sementara pakej ketiga ialah pas bermusim Grandstand dimana selain diberi akses tempat duduk Grandstand, Selangor turut menawarkan snek/minuman secara percuma kepada pemegang pas bermusim Grandstand ini.

Ketiga-tiga pakej pas bermusim Selangor 2023 ini akan diberi keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir dalam semua pertandingan yang berjaya disertai Selangor. Setiap penyokong yang mahu membeli pas bermusim ini hendaklah memiliki Red Giant Team Card (RGTC) 2023.

Advertisements

RGTC 2023 ini dijual pada harga RM25 untuk pendaftaran baharu dan RM20 untuk memperbaharui keahlian. Terdapat pelbagai manfaat serta kelebihan kepada pemegang RGTC atas kolaberasi bersama pasukan Selangor bersama AEON Big.

Pas bermusim yang dijual pada harga yang berpatutan dan juga rahmah ini mendapat pujian rata-rata peminat bola sepak tempatan. Selain menjana keuntungan kepada kelab, ia juga sedikit sebanyak dapat menambah jumlah penyokong yang hadir membanjiri stadium dalam setiap perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram