Ads
Selangor Rangka Program Khas Bantu Pemulihan Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim bakal menjalani program pemulihan khas yang dirangka Selangor FC.

Advertisements

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam satu sidang media yang diadakan pada hari ini.

Advertisements

Faisal sudah menjalani pembedahan keempat iaitu prosedur split skin grafting (SSG) yang dibuat pada Isnin lalu. Prosedur ini dibuat bagi menutup kawasan luka akibat simbahan asid menggunakan beberapa bahagian kulit badannya seperti peha dan perut.

Advertisements
Advertisements

Disebabkan prosedur tersebut, pergerakan bekas pemain sayap Terengganu FC itu ketika ini sedikit terbatas.

Sekiranya pergerakan dan pemulihannya daripada pembedahan tersebut berjalan lancar, Faisal akan dibenarkan pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi.

Advertisements

Shahril memaklumkan program pemulihan khas ini diatur oleh doktor pasukan, Dr. Muhammad Hazwan Khair dan pakar fisioterapi dari Institut Sukan Negara (ISN).

Program ini akan membantu Faisal membina semula kekuatan otot semasa mengharungi fasa pemulihan beliau yang seterusnya.

“Dr. Hazwan (Khair) dan pakar fisioterapi dari ISN telah merangka program untuk Faisal. Benda itu memerlukan kerjasama semua dan sedikit masa. Berat Faisal turun tiga, empat kilo saya difahamkan.

“Bila ada selera makan, berat Faisal sudah naik satu kilo tetapi masih perlu kena bina otot. Itu yang Dr. Hazwan dan pasukannya akan buat program seperti itu untuk Faisal,” katanya.

Advertisements

Kisah Faisal menjadi menjadi sebutan dalam dunia bola sepak hingga sejauh Jerman dan Korea Selatan. Terbaru, Borussia Dortmund mengumumkan solidariti mereka untuk bintang Harimau Malaya itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram