Selangor Terima ‘Durian Runtuh’
Liga Super
selangor FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Selangor FC menerima durian runtuh selepas perpisahan dengan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Pengendali berusia 55 tahun itu memilih untuk berpisah dengan The Red Giants selepas hampir satu musim setengah bersama pasukan.

Pengumuman daripada Selangor FC mengejutkan ramai pihak sungguhpun telah berjaya membantu pasukan untuk mara ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Advertisements

Perpisahan dengan bekas pengendali kebangsaan itu menyaksikan beliau membawa haluan baharu untuk ke Liga Thailand.

“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta.”

Advertisements

“Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.”

Perpisahan itu menyaksikan kelab yang mahu mendapatkan khidmat Tan Cheng Hoe telah membayar pampasan yang cukup lumayan.

Advertisements

“Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.”

“Sejak dilantik pada September 2022, Tan Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.”

Advertisements

Destinasi baharu beliau masih menjadi tanda tanya sekaligus menyaksikan pembantu jurulatih, Nidzam Jamil dilantik sebagai jurulatih sementara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram