Tan Cheng Hoe Sertai Police Tero?
Asia Tenggara
Selangor FC
Advertisements

Berita mengejutkan bagi penyokong Selangor apabila ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe bersetuju untuk menamatkan kontrak beliau dengan serta-merta.

Tan Cheng Hoe dikhabarkan meninggalkan pasukan Gergasi Merah bagi menyertai sebuah pasukan yang berpangkalan di liga Thailand.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh pasukan Selangor FC menerusi sebuah hantaran di laman media sosial mereka.

Advertisements

“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta.”

“Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand. Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.” menurut Selangor FC.

Masih belum ada sebarang kenyataan rasmi tentang kelab manakah yang bakal dibimbing oleh Tan Cheng Hoe di Thailand kelak.

Advertisements

Namun wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan Police Tero sedang berminat untuk mendapatkan khidmat Tan Cheng Hoe.

Malah wartawan dari Thailand, Offeris Wichitchote turut membuat sebuah hantaran berbunyi “bakal tiba di Police Tero” bersama-sama gambar Tan Cheng Hoe.

Ketika ini hanya pasukan Police Tero dalam liga Thailand yang masih tidak mempunyai ketua jurulatih tetap dan dibimbing oleh pengurus interim iaitu Worrawoot Srimaka.

Advertisements

Pemergian Tan Cheng Hoe pastinya mengejutkan ramai pihak memandangkan Selangor kini dalam persiapan bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada musim hadapan.

Malah beberapa pemain ternama telah tiba bagi memperkuatkan pasukan tersebut seperti Ronnie Fernandes, Nooa Laine, Alvin Fortes dan Umarbek Eshmurodov.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram