Selangor Ulas Status Sebenar Kecederaan Khuzaimi Piee
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas mengalami kecederaan betis dalam perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF 2022, ramai menyangka Khuzaimi Piee akan terkeluar untuk satu tempoh lama. Tetapi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe memberi jaminan Khuzaimi bakal menyertai latihan pasukan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan bekas jurulatih Harimau Malaya dalam temubual khas bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari ini.

Menurut Cheng Hoe, Khuzaimi atau Jimmy telah menunjukkan perkembangan baik dan semakin pulih daripada kecederaan betis yang dialaminya.

Advertisements

Bekas bek tengah PJ City itu dijangka menyertai latihan penuh pasukan pada minggu hadapan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Ini sudah pasti memberi kelegaan kepada penyokong Merah Kuning yang mahu pasukan berada pada tahap terbaik apabila saingan liga bermula pada akhir Februari ini.

Sekiranya dia kembali cergas, Khuzaimi bakal bergandingan dengan Yazan Al-Arab atau bek tengah Ghana, Richmond Ankrah di bahagian pertahanan.

Advertisements

Khuzaimi merupakan sebahagian daripada trio pasukan kebangsaan yang menyertai Selangor musim ini. Selain dia, V. Ruventhiran dan Faisal Halim turut memperkuat kesebelasan utama Merah Kuning.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram