Selangor Umum Skuad Penuh Hadapi Musim 2023
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Dengan saingan Liga Super bakal bermula pada minggu hadapan, pasukan-pasukan mula memperkenal barisan pemain masing-masing kepada para penyokong. Hari ini, Selangor memperkenalkan skuad penuh mereka untuk musim 2023.

Barisan pemain Merah Kuning musim 2023 diperkenalkan pengurusan kelab dalam program Jom Jumpa First Team yang diadakan di Tropicana Gardens Mall.

Program ini turut dihadiri oleh DYTM Raja Muda Selangor merangkap pengerusi pasukan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Advertisements

Skuad senior Selangor ini bukan saja menampilkan trio pemain kebangsaan Khuzaimi Piee, Faisal Halim dan V. Ruventhiran. Malah, ia turut menampilkan semua awang import termasuk pemain import terbaru dari Venezuela, Yohandry Orozco.

Penyokong-penyokong Selangor pasti berharap barisan pemain yang dibimbing Tan Cheng Hoe dapat melakar pencapaian lebih baik musim ini. Selangor bakal bertemu dengan Kelantan United untuk perlawanan pertama Liga Super pada 26 Februari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram