Selangor Upah Peguam, Pertimbang Heret Kes Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan
Liga Super
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Pengurusan Selangor FC mempertimbang untuk mengheret kes hukuman mereka yang dijatuhkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Maklumat ini dikongsikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini.

Advertisements

Beliau menyatakan skuad The Red Giants telah mengupah peguam dan akan terus membuat rayuan termasuk membawa kes berkenaan ke CAS sekiranya perlu.

“Untuk makluman ahli-ahli dewan, Selangor FC sekarang ini sedang dalam proses untuk membawa kes hukuman yang telah dijatuhkan Malaysia Football League (MFL) baru-baru ini ke peringkat yang lebih tertinggi.

Advertisements

“Mereka telah lantik peguam dan akan mempertimbangkan membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan,” katanya seperti yang dikongsikan Media Selangor.

Terdahulu, wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bersatu menzahirkan kecaman ke atas insiden yang menimpa pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dan mahu kes itu disiasat secara menyeluruh.

Advertisements

Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang turut menyatakan sokongan kepada usul tergempar yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Azmi. Usul yang dibawa beliau mengecam perbuatan ekstrem dalam dunia sukan.

Usul berkenaan yang dibentangkan di bawah Peraturan Tetap 17(1) itu mendapat kelulusan Speaker DNS, Lau Weng San selepas dibahaskan oleh lima wakil rakyat.

Advertisements

Selangor dihukum MFL pada akhir Jun lalu selepas menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Mei lalu.

Antara hukuman yang perlu dihadapi Selangor ialah denda RM100,000, potongan tiga mata dan diarah beraksi tanpa penonton di Stadium MBPJ untuk aksi liga seterusnya dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Walau bagaimanapun, hukuman tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada ramai pihak termasuk Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Lantaran itu, MFL kemudiannya menyemak semula hukuman yang dijatuhkan sebelum ini. Ini termasuk membatalkan hukuman potongan tiga mata dan beraksi tanpa penonton.

Advertisements

Selangor kemudiannya mengumumkan akan tetap merayu hukuman yang dijatuhkan kepada MFL. Rayuan tersebut sudah difailkan kepada MFL pada 29 Jun lalu.

News Comments Account