“Semak Dulu Pencapaian Saya Sebelum Bandingkan Dengan Nunez” – Andy Cole
Dunia
Daily Mail
Advertisements

Jangan cemarkan nama saya dengan perbandingan mengarut dan memalukan.

Itu reaksi bekas penyerang Manchester United, Andy Cole selepas ada peminat di media sosial cuba menyamakan dirinya dengan penyerang Liverpool yang masih bergelut, Darwin Nunez.

Andy Cole yang merupakan penjaring keempat terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris beranggapan disamakan dengan Nunez ibarat menjatuhkan kredibiliti dan tidak menghormati pencapaian hebatnya.

Advertisements

“Entah dari mana perbandingan bodoh ini bermula, tetapi ia adalah musim perayaan dan dengar sini, saya nak bagitau yang saya bersara dengan pencapaian mengagumkan.

“5 trofi EPL, 2 trofi Piala FA, satu Piala Liga, satu Liga Juara-Juara, Kasut Emas, Pemain Muda Terbaik Tahunan, 187 gol liga, satu penalti. Itu apa yang telah saya kecap dan ia tidak akan berubah.

Advertisements

“Jadi tolong berhenti cemarkan nama saya dengan perbandingan mengarut. Saya sudah tiada dalam bolasepak tetapi tidak bermakna saya akan terima apa sahaja yang orang cakap atau tulis tentang saya. Pencapaian saya perlu dihormati, lihat angka tersebut dan pergi buat perbandingan dengan orang lain,” tegas Andy Cole.

Bekas penyerang England itu adalah produk Akademi Arsenal dan muncul Pemain Muda Terbaik Tahunan ketika bersama Newcastle United pada 1993/94, tahun yang sama dia muncul sebagai penjaring terbanyak EPL dengan 34 gol.

Advertisements

Dia mengharungi detik terbaik kariernya selepas perpindahan mengejut ke Manchester United pada Januari 1995, menjadi tonggak membantu skuad Sir Alex Ferguson menjulang trofi EPL 1995/96, 96/97, 98/99, 99/00 dan 00/01.

Selepas meninggalkan United sebelum bermulanya musim 01/02, Andy Cole telah bermain dengan lapan kelab EPL lain termasuklah Blackburn Rovers, Fulham, Manchester City dan Portsmouth.

Advertisements

Dia membuat 414 penampilan (liga sahaja) secara keseluruhan dan 187 gol yang dijaringkannya itu meletakkannya di kedudukan keempat penjaring terbanyak EPL sepanjang zaman di belakang Alan Shearer, Wayne Rooney dan Harry Kane.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram