Kejohanan Zurich Liga 7X7 All Stars 2025 bakal menyaksikan kehadiran barisan bintang bola sepak Malaysia dan juga dari Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pada Khamis lalu, telah berlangsung satu sesi sidang media Zurich Liga 7X7 All Stars di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang turut melibatkan pengumuman pasukan serta barisan pemain.
Sebanyak 4 buah pasukan yang diterajui oleh individu hebat seperti Team Zurich (Junior Cho), Team Bangsa Bola (Tan Sri Nazir Razak), Team Wizards (Khairy Jamaluddin) dan Team Harimau (Tan Sri Tony Fernandes).
Manakala setiap 4 pasukan ini pula dibarisi 10 orang bintang terdiri daripada pemain dan bekas pemain bola sepak serta personaliti media sosial yang dijangka bakal menghangatkan lagi acara ini.
Menariknya, setiap pasukan juga akan diketuai oleh 3 orang pemain yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan seorang lagenda pasukan kebangsaan Malaysia, Safee Sali (Team Harimau).
3 lagenda EPL pula adalah Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov yang pernah menyarung jersi Manchester United satu ketika dahulu selain bekas ketua pasukan Chelsea iaitu John Terry (Team Bangsa Bola)
๐๐๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐ก
Junior Cho (Pengurus)
Dimitar Berbatov (Kapten)
Sean Gianelli
Shivan Pillay
Manaf Mamat
Amer Saidin
Azurin Mazlan
Aqil Farhan
Syed Saddiq
Tomok
Harvinth Skin
๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐จ๐ฅ๐
Tan Sri Nazir Razak (Pengurus)
John Terry (Kapten)
Sebastian Avanzini
Sean Selvaraj
Mahali Jasuli
Razman Roslan
Ammar de Maestro
Steffi Sidhu
Achey Bocey
Sharif Zero
Adam Carruthers
๐๐๐๐ฆ ๐๐ข๐ณ๐๐ซ๐๐ฌ
Khairy Jamaluddin (Pengurus-Pemain)
Ryan Giggs (Kapten)
Kogileswaran Raj
Indra Putra
Hadi Mohamad
Intan Serah
Tengku Fahad
Tengku Muhammad
Alif Satar
Hairul Azreen
Ezzrin Loy
๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ฎ
Tan Sri Tony Fernandes (Pengurus)
Safee Sali (Kapten)
Khyril Muhymeen
Norshahrul Idlan
K. Gurusamy
S. Subramaniam
Bryan See
Farahiyah Ridzuan
Adam Sinclair
Fazziq Muqris
Hakimi Noordin
Aksi Zurich Liga 7X7 All Stars 2025 akan berlangsung pada 19 Julai ini bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan tiket perlawanan boleh dibeli di laman web ligax.com.my