Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2024
UltraSukan
MSN Malaysia

Juara Asia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengetuai senarai pemenang Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024.

Aaron-Wooi Yik dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2024. Menariknya, ini kali kedua mereka meraih anugerah itu selepas melakukannya pada 2022.

Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran empat calon lain iaitu Lee Zii Jia (badminton), Wong Weng Son (wushu), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Abdul Latif Maxzakir (silat).

Aaron-Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa di pentas Sukan Olimpik 2024 buat kali kedua berturut-turut. Mereka mengatasi cabaran beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Pemain boling padang nombor satu dunia, Nor Farah Ain Abdullah pula dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2024.

Nor Farah mengatasi cabaran empat calon lain iaitu Sin Li Jane (boling), Tan Cheong Min (wushu), Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal trek) dan Nor Farah Mazlan (silat).

Beliau mencipta sejarah sebagai atlet boling padang pertama meraih anugerah terunggul ASN itu. Nor Farah dikenali selepas muncul juara Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey.

Atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin meraih anugerah Olahragawan Paralimpik 2024. Atlet boling padang para, Hasmunirah Malik pula muncul pemenang Olahragawati Paralimpik 2024.

Senarai Pemenang ASN 2024

Olahragawan – Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)

Olahragawati – Nor Farah Ain Abdullah (boling padang)

Olahragawan Para – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)

Olahragawati Para – Hasmunirah Malik (boling padang)

Pasukan Lelaki – Sepak Takraw

Pasukan Wanita – Tenpin Boling

Jurulatih Lelaki – Jamil Adam (powerlifting)

Jurulatih Wanita – Siti Rahmah Mohamed Nasir (pencak silat)

Anugerah Tokoh Sukan – Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam

Anugerah Kepimpinan Sukan – Tan Sri Norza Zakaria

Anugerah Khas – Allahyarham Datuk Hasbullah Awang, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Selangor Red Giants eSports MLBB, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.