Seo Seonung ‘Balas Dendam’ Terhadap Rodney Celvin
Piala Malaysia
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Perak, Seo Seonung seakan membalas dendam terhadap Rodney Celvin apabila jaringan beliau memastikan Kedah tersingkir dalam saingan Piala Malaysia.

Ini berikutan kes kekasaran Rodney Celvin dalam aksi pertama pusingan 16 tempoh hari yang menyaksikan Seo Seonung mengalami kecederaan patah hidung dan terpaksa diusung keluar.

Advertisements

Rodney Celvin yang tidak beraksi dalam perlawanan semalam ekoran digantung perlawanan terpaksa menelan kenyataan pahit apabila Kedah tersingkir menerusi agregat 3-4 walaupun berjaya menang 2-1 dalam.

Rodney Celvin bagaimanapun sebelum ini sudah meminta maaf dan menjelaskan bahawa kekasaran tersebut adalah tidak sengaja menerusi laman Instagram beliau.

Advertisements

Seo Seonung menjaringkan gol menerusi tandukan setelah Kalamullah Al-Hafiz gagal menangkap kemas sepakan percuma pemain Perak pada minit ke-86 perlawanan.

Lebih menarik, Seo Seonung yang turun beraksi terpaksa memakai topeng muka sebagai perlindungan ekoran kecederaan hidung yang dialaminya tempoh hari.

Advertisements

Perak kini bakal bertemu Kuching City ataupun Sabah bagi aksi suku akhir Piala Malaysia 2023.

News Comments Account