Seorang Lagi ‘Budak’ Kim Swee Perkuat Sabah FC
Dunia
MUFC
Advertisements

Episod reunion ‘budak-budak’ Ong Kim Swee di Sabah belum menampakkan tanda-tanda untuk berakhir, apabila kelab Borneo itu merekrut pula S.Kumaahran.

Kemasukan bekas bintang skuad B-23 kebangsaan itu diumumkan secara rasmi oleh kelab itu pada Sabtu.

Kumaahran dianggap sebagai penambahan yang cukup baik ke dalam skuad Sabah kerana dia bukan sahaja boleh bermain sebagai penyerang, tetapi turut boleh bermain di posisi sayap (winger) dan bek sayap (wing-back).

Advertisements

Kumaahran pada musim 2022 telah menjadi salah seorang pemain penting buat skuad yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan, PJ City namun terpaksa mencari angin baru berikutan keputusan kelab itu menarik diri daripada saingan Liga Malaysia.

Pemain berusia 26 tahun itu beraksi di bawah bimbingan Ong Kim Swee bersama Harimau Muda pada 2015 dan salah seorang penyerang yang memperkuatkan skuad Sukan SEA tahun tersebut.

Advertisements

Dia menyertai negeri kelahirannya Pulau Pinang pada 2016 sebelum kariernya sedikit terjejas kerana kecederaan ACL.

Tidak disambung kontrak, dia bernasib baik kerana JDT merekrutnya ketika masih belum pulih daripada kecederaan tersebut dan berjaya untuk bangkit menyelamatkan kariernya daripada berkubur.

Advertisements

Dia tetap menyerlah meskipun ditukar ke posisi bek kanan oleh Dollah Salleh ketika bermain secara pinjaman dengan Sri Pahang pada 2020 dan kemudiannya menjadi salah seorang pemain penting Melaka United pada 2021.

Sebagai rekod, Kumaahran adalah pemain ketiga reunion dengan Kim Swee bagi musim 2023 selepas Irfan Zakaria dan Jafri Firdaus Chew tatkala musim sebelumnya telah menyaksikan pemain-pemain seperti Khairul Fahmi, Nazirul Naim, Baddrol Bakhtiar, Gary Steven, Farhan Roslan dan N.Thanabalan kembali berguru dengan jurulatih berpengalaman luas itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram