Sepakan Percuma Padu Gareth Bale Buat Penyokong Terpana
Dunia
Getty Images
Advertisements

Gareth Bale menjadi bintang utama dalam kemenangan 2-1 Wales ke atas Austria dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sekaligus menghidupkan peluang Wales untuk ke Piala Dunia 2022 kelak. Bale menjaringkan 2 gol penting dalam perlawanan tersebut.

Gol pertama pasukan Wales berpunca daripada sepakan percuma pada minit ke-24 perlawanan. Gareth Bale yang mengambil sepakan tersebut melepaskan rembatan kencang betul-betul pada penjuru kiri penjaga gol. Sepakan percuma tersebut ibarat ‘sempurna’ apabila penjaga gol Austria langsung tidak mampu menepis bola itu.

Gareth Bale yang kerap dipinggirkan di Real Madrid berjaya menutup mulut pengkritik yang mengatakan karier bola sepak beliau sudah tamat. Walaupun disisihkan di Real Madrid, Bale tetap menjadi tunjang utama negaranya, Wales malah beliau diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten.

Advertisements

Gol kedua beliau pula hadir pada separuh masa kedua perlawanan dimana Bale menggunakan kaki kirinya untuk melepaskan rembatan ke arah pintu gol Austria. Gol kedua ini juga bukan mudah untuk dijaringkan memandangkan posisi badan dan kedudukan Bale sewaktu melepaskan rembatan sedikit sukar namun Bale sekali lagi mengejutkan para pengkritiknya.

Bale sebelum ini dikritik kerana kerap tercedera dan terdapat isu berkenaan tahap kecergasan Bale bersama Real Madrid. Malah musim ini Carlo Ancelotti lebih gemar menurunkan Rodrygo berbanding Bale dalam kesebelasan utama Real Madrid.

Wales perlu memenangi satu lagi aksi iaitu perlawanan akhir pusingan kelayakan Piala Dunia untuk layak ke Piala Dunia di Qatar kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram