“Separuh Masa Kedua Baru Kita Faham Cara Nak Main Di Atas Padang Becak” – Dollah Salleh
Dunia
MakanBola
Terengganu Football Club
Advertisements

Cabaran Sri Pahang dalam kempen Liga Malaysia musim ini berakhir setelah tewas kepada Terengganu di pusingan kedua Piala Malaysia pada Selasa.

Skuad kendalian Dollah Salleh tunduk 2-4 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sekaligus tersingkir dengan agregat 9-3.

Advertisements

Tamat perlawanan, Dollah Salleh mengakui pasukannya tewas kepada sebuah pasukan yang bermain jauh lebih baik, sambil menyifatkan barisan pemainnya lambat menyesuaikan diri bermain di atas padang becak.

“Memang kita datang ke sini nak bagi yang terbaik, tapi masih lagi buat silap minit awal, agak kucar-kacir di separuh masa pertama. Apabila nak bangkit di separuh masa kedua, ia sudah terlambat tapi saya bangga kita tidak berputus asa dan berjaya menjaringkan gol, syukur kita dapat juga dua gol.

Advertisements

“Dengan keadaan padang yang agak (teruk), air bertakung di sana sini, Terengganu tiada masalah, tapi kita tercari-cari rentak, masih tak faham dengan keadaan padang. Bila separuh masa kedua baru kita faham macam mana nak bermain di atas padang bertakung dan becak, itu sebab kita dapat dua gol.

“Apapun kita kena terima hakikat, Terengganu bermain lebih baik malam ini, pujian kepada mereka,” ujar Dollah Salleh.

Advertisements

Dollah juga hairan barisan pertahanan sekali lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan ketika tewas 1-5 di Kuantan, walaupun telah berulang kali diingatkan dan diperbetulkan ketika sesi latihan.

“Saya nampak pertahanan kita longgar khususnya ketika situasi satu lawan satu, sepertimana game di Kuantan tempoh hari. Mudah sangat pertahanan melepaskan penyerang Terengganu, itu kelemahan utama kita,” tambahnya.

Advertisements

Dalam aksi tersebut, Terengganu cemerlang mendahului 4-0 di separuh masa pertama, membuka jaringan seawal minit kedua menerusi Kpah Sherman, dan menggandakan kelebihan pada minit ke-29 menerusi Faisal Halim.

Azam Azmi Murad menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-35 sebelum Kpah Sherman meledak jaringan kelimanya dalam Piala Malaysia pada minit akhir separuh masa menerusi tendangan penalti.

Advertisements

Sri Pahang berjaya mendapatkan dua gol saguhati menerusi Lee Tuck dan Steven Rodriguez pada separuh masa kedua.

News Comments Account