Dunia
Advertisements

‘WHAT A PADANG’

Bola sepak dimainkan di atas padang dan padang adalah elemen terpenting dalam bola sepak dan atas sebab itulah, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja sangat menekankan isu kualiti padang dalam saingan Liga Malaysia.

Jika kita melihat konteks bola sepak di negara kita ini, kita sering berasa kagum apabila melihat padang yang sungguh cantik ibarat karpet milik pasukan-pasukan Eropah dan juga Asia Timur. Namun di laman sendiri, padang kita masih lapuk dan dalam keadaan yang kurang baik meskipun mempunyai stadium yang gah.

Advertisements

Stadium Shah Alam misalnya mempunyai kapasiti yang besar tetapi tidak mempunyai padang yang baik dan seringkali menyaksikan pasukan jemputan merungut dan ada yang membatalkan niat untuk bermain apabila mereka melihat keadaan padang.

Stadium terbaik negara, Stadium Nasional Bukit Jalil juga menerima nasib yang sama apabila sering dikritik oleh pasukan lawan yang merasakan stadium ini perlu memiliki kualiti padang yang lebih baik untuk sama berdiri sama gah dengan fasiliti stadium ini.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah membuat keputusan untuk tidak lagi menggunapakai rumput jenis cow grass sebaliknya beralih ke rumput zeon zoysia yang lebih tahan lasak dan sesuai dengan iklim tempatan.

Advertisements

Melihat kepada ‘posting’ Insta Story TMJ, Baginda begitu kagum dengan padang yang dimiliki oleh JDT ketika ini. Padang ini bukan sahaja ada di Stadium Sultan Ibrahim malah ianya turut ditanam di Pusat Latihan JDT Padang Sri Gelam.

Latihan "Sepatutnya Baiki Padang Dulu Barulah Betul, Ini Tidak, Sibuk 'Upgrade' Benda Lain".
Para Pemain JDT sedang membuat latihan di atas padang Stadium Sultan Ibrahim

Dengan keadaan padang yang baik pergerakan bola akan lebih lancar dan permainan bola sepak moden dapat dimainkan dengan baik sekaligus memberi kepuasan kepada penyokong dan yang paling utama dapat mengelakkan kecederaan kepada para pemain.

Berpeluang melawat dan melihat sendiri keadaan terkini Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini, hanya satu perkataan yang mampu diucapkan iaitu wow. Suasana stadium ini setanding dengan stadium di Eropah dan Asia Timur dengan padang yang cantik di mata dan cantik di kaki.

Advertisements

What a Padang adalah simbolik yang cuba ditampilkan oleh TMJ kepada semua pasukan bola sepak di luar sana. Perbaiki padang anda dahulu sebelum menambahbaik kemudahan stadium yang lain. Jika Terengganu FC mampu lakukannya mengapa tidak pasukan lain. Tanyalah pada presiden persatuan bola sepak anda sendiri. Fikir-fikirkan lah.

Kredit: Johor Southern Tigers

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram