Sergio Aguero & Rowley Kekal Berbakti Bersama Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Sri Pahang yang dibimbing Fandi Ahmad mendapat suntikan semangat hari ini. Ini selepas dua pemain kebangsaan, Sergio Aguero dan David Rowley menandatangani kontrak baru bersama pasukan berkenaan.

Pengumuman ini dibuat oleh skuad Tok Gajah menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Musim pertama Rowley bersama Sri Pahang menyaksikan pemain tengah bertahan itu merekodkan 18 penampilan. Ini meletakkannya sebagai tonggak penting pasukan itu dalam kempen Liga Malaysia musim lepas.

Advertisements

Sementara Aguero terlepas keseluruhan musim 2022 sementara menunggu status naturalisasinya diluluskan. Dia sempat beraksi dua perlawanan untuk Sri Pahang dalam Piala Malaysia musim lepas.

Aguero dan Rowley kemudiannya dipanggil Kim Pan-gon menyertai pasukan kebangsaan dan membantu Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Dengan lanjutan kontrak untuk dua pemain kebangsaan ini, ini menunjukkan keseriusan Sri Pahang untuk membentuk pasukan mantap menjelang saingan liga yang bakal bermula akhir Februari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram