‘Set Piece’ Geliga & Luar Biasa Rancakkan Kemenangan Skuad Projek FAM-MSN

MFL 2 'Set Piece' Geliga & Luar Biasa Rancakkan Kemenangan Skuad Projek FAM-MSN
MFL
Alif Syazani @SyazaniAlif
3:36pm 16/03/2022

Pemain pertahanan Skuad Projek FAM-MSN, Ubaidullah Shamsul Fazili mencatat jaringan menerusi ‘set-piece’ bijak yang terhasil melalui hantaran pendek daripada ketua pasukan, Farris Izdiham.

Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA 2022 yang bekesudahan berpihak kepada Skuad Projek FAM-MSN 5 -1 Tok Janggut Warrios.

Pasukan ini dikendalikan oleh bekas Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda C selepas menggantikan tempat yang ditinggalkan Yusri Che Lah.

Ubaidullah Shamsul Fazili juga mempunyai pengalaman beraksi dalam kesebelasan utama skuad kebanggsaan B-23 tahun menetang Laos dalam saingan AFF Championship 2022 baru-baru ini.

Skuad Projek FAM-MSN mula langkah kanan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua Piala FA selepas menundukkan Tok Janggut Warriors.