Shahrel Fikri Sah Perkuat Negeri Sembilan
Dunia
NSFC
Advertisements

Muhammad Shahrel Fikri bin Mohd Fauzi hari ini sah diumumkan sebagai pemain baru Negeri Sembilan FC untuk musim 2023.

Pemain berusia 28 tahun itu secara rasmi bergelar tonggak baru Skuad Jang setelah diumumkan di laman media sosial rasmi NSFC.

Shahrel dalam satu video pengumuman rasmi di Twitter menjelaskan bahawa beliau sudah tidak sabar untuk memberikan segalanya dan sudah bersedia berjuang buat Negeri Sembilan.

Advertisements

Di Negeri Sembilan musim ini, Shahrel bakal menyarung jersi nombor 32. Beliau dilihat sebagai calon terbaik bagi menguatkan lagi jentera serangan skuad kendalian K. Devan bagi mengharungi saingan Liga Super 2023.

Selepas bergelut dengan masalah kecederaan dan kekurangan minit permainan ketika di Selangor selama dua musim, Shahrel mumutuskan untuk berhijrah ke bumi Paroi.

Untuk rekod, Shahrel pernah beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan beliau memulakan perjalanan di Liga-M bersama pasukan Perak B21, sebelum menyertai pasukan PKNP FC. Shahrel kemudiannya kembali ke pasukan Perak sebelum menyertai Selangor FC untuk musim 2021 & 2022.

Advertisements

Dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik 2020 dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan, Shahrel juga pernah beraksi di Liga 1 Thailand apabila dipinjamkan ke pasukan Nakhon Ratchasima FC.

Perpindahan ini dilihat sebagai peluang terbaik buat Shahrel kembali bangkit bersaing tempat dan mengembalikan kembali prestasi gemilangnya menjadi antara penyerang di Malaysia yang digeruni.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram