Ads
Shahril Mokhtar: Faisal Halim Perlukan Satu Atau Dua Pembedahan Lagi
Liga Super
Selangor FC

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal Halim harus menjalani satu atau dua pembedahan setelah selesai pembedahan pertama.

Advertisements

Sebelum ini pemain sayap negara itu telah menjalani pembedahan selama 4 jam setelah disimbah asid di pusat beli-belah.

Advertisements

Dato’ Seri Shahril Mokhtar telah berkongsikan keadaan terkini Faisal Halim yang berada dalam keadaan stabil namun mengalami kecederaan lecur tahap dua.

Advertisements
Advertisements

“Kami terkejut dan tak sangka insiden sedemikian rupa boleh berlaku dalam industri kita. Kalau kita tengok daripada insiden malam tadi, keadaan Faisal saya boleh katakan agak teruk.”

“Tetapi selepas melalui pembedahan selama empat jam tak salah saya pada malam tadi, Alhamdulillah nampak stabil dan beliau sekarang tengah berehat.”

Advertisements

“Ada satu, dua lagi pembedahan yang akan dibuat ke atas beliau. Saya sendiri bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada malam tadi berterus terang kepada Faisal agar fokus kepada pemulihan dulu, jangan fikir hal luar terutama hal bola sepak. Jadi, kami semua sama-sama berdoa agar Faisal cepat pulih InsyaAllah.” ujar beliau kepada Astro Arena.

Advertisements

Faisal Halim harus melupakan aksi bola sepak buat sementara waktu selama beberapa bulan bagi menjalani rawatan susulan dan beliau turut akan terlepas aksi bersama Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram