Advertisements
Shahril Mokhtar Sambut Baik Kuota Tambahan Pemain Import
Liga Super
MakanBola
Stadium Astro

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar menyambut baik penambahan kuota (1) pemain import yang diumumkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL).

Advertisement

Penambahan ini bakal memberi kelebihan buat pasukan yang bersaing di pertandingan AFC iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan ACL 2 serta pertandingan kelab ASEAN (AFF).

“Keputusan ini saya amat mengalu-alukan sebab bagi saya tidak banyak beza pun daripada 9 pemain import sebelum ini dan sekarang 10 pemain import. 

Advertisement

“Cumanya kelebihan satu lagi pemain import tambahan sepatutnya diambil positif oleh kelab-kelab yang terbabit untuk menggunakan peluang yang ada ini.

Walaubagaimanapun, beliau berharap pihak kelab dapat membuat percaturan yang lebih teliti mengenai ini agar semua pihak mendapat manfaatnya.

Advertisement

“Tetapi akhirnya kita juga kena tengok pada bajet secara keseluruhan dan apa-apa pun saya memang nampak ini adalah perkembangan positif untuk kelab-kelab yang bertanding”, jelasnya.

Advertisement

Sebelum ini, MFL hanya membenarkan 9 pemain import bagi musim baharu dan tambahan 1 pemain import bagi pasukan yang layak ke pertandingan AFC. 

Namun, selepas mengambil kira permintaan daripada beberapa kelab, pihak MFL mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import dibenarkan beraksi di atas padang.

Advertisement

Ini menjadikan kuota bagi muism 2024/25 adalah 6 pemain import (iaitu 4+1 (Asia)+1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu masa dan seorang pemain di bangku simpanan.

Pasukan Selangor akan beraksi di pertandingan ACL 2 sekaligus dibenarkan menandatangani tambahan 1 pemain import dan menjadikan 10 pemain import dalam 1 pasukan.