Shahrul Saad Puas Hati Dengan Taktikal & Persiapan Kim Pan-gon
Dunia
fa malaysia
Advertisements

Pertahanan kebal Harimau Malaya, Shahrul Saad mengakui bahawa persiapan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 pada kali ini antara yang terbaik. 

Dua kemenangan dalam perlawanan persahabatan yang dijalankan berjaya menghasilkan impak positif buat keseluruhan dalam kem kebanggsaan.

Pemain kelahiran Perak ini merasakan corak permainan yang diterapkan oleh Kim Pan-gon amat berbeza berbanding jurulatih sebelum ini. 

Advertisements

“Sebenarnya, kita tahu kekuatan sebenar pasukan Hong Kong, tapi bermain di tempat sendiri serta beberapa siri latihan yang dijalankan membuahkan hasil dan ini merupakan keputusan terbaik untuk kami memulakan saingan AFC nanti. 

“Corak permainan kini lebih kepada ‘move foward’ berbanding sebelum ini dengan ‘ball possesion’,” kata Shahrul dalam temubual bersama Hafizal Ahmad, Shukor Adan dan Shahrom Kalam selepas tamat perlawanan di Astro Arena.

Dalam pada itu, pemain berusia 28 tahun ini turut memuji kualiti yang ada pada barisan hadapan Harimau Malaya dalam merencana serangan berbahaya di kawasan kotak penalti pemain lawan.

Advertisements

“Dengan kelebihan pemain yang kita ada, kita berjaya menghasilkan dua gol.

Pasukan kebanggsaan akan memulakan cabaran pertama dalam peringkat kelayakan berdepan Turkmenistan pada 8 June ini di Stadium Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram