Sharul Nazeem Anggap Safiq Rahim Watak Penting Buat Malaysia
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Pertahanan muda Selangor FC, Sharul Nazeem menganggap bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim adalah watak penting buat skuad negara musim ini kerana beliau diberi kepercayaan untuk kembali beraksi.

Pemain yang berusia 23 tahun ini mengakui teruja dengan kehadiran pemain senior terutamanya Safiq Rahim sekaligus mahu menuntut ilmu dengan mereka.

Dalam pada itu, Sharul juga menjelaskan saingan kali ini bakal menjadi lebih baik kerana gabungan pemain muda dan lama pilihan Pan-gon.

Advertisements

“Bagi saya barisan kali ini terdiri daripada pemain yang bagus. Safiq Rahim juga kembali bermain untuk pasukan negara,” ujarnya.

“Mungkin perlawanan boleh jadi lain dan kita dapat lihat gabungan pemain muda dan lama.

“Kini ada rezeki buat saya untuk beraksi bersamanya dan saya akan tuntut (ilmu), belajar daripada mereka,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, beliau menegaskan tetap akan bersaing bagi menempatkan diri dalam senarai 25 pemain walaupun kurang berpengalaman.

“Saya tak boleh nak ulas sebab segala keputusan terpulang kepada jurulatih, Ia juga bergantung kepada corak permainan kerana setiap pemain memiliki karakter tersendiri.”

“Pemain senior ada pengalaman, mungkin saya ada kekurangan di situ tetapi saya akan tetap bersaing bagi menempatkan diri dalam senarai 25 pemain,” katanya kepada Stadium Astro.

Advertisements

Sebelum ini, Sharul kempunan untuk mewakili negara bagi aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan yang lalu gara-gara kecederaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram