Sharul Nazeem ‘Selongkar’ Watak Berbeza Pertahanan Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA MALAYSIA
Advertisements

Pemain pertahanan Selangor, Sharul Nazeem tekad untuk memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain.

Pemain berusia 23 tahun itu akui ada persaingan sihat dalam kalangan pemain pertahanan Harimau Malaya ketika ini.

Menurut Sharul, Malaysia kini lengkap dari segenap sudut dan emain pertahanan pula berbeza watak serta mempunyai gaya permainan berbeza. Bagi Sharul, ini memberi kelebihan buat pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon memilih barisan terbaik kelak.

Advertisements

“Saya cuba untuk menjadi pertahanan yang baik. Jika diberi kesebelasan utama pada perlawanan pertama menentang pasukan Syria, saya akan buat yang terbaik dan ikut taktikal segala perancangan jurulatih Kim Pan-gon.”

“Bagi saya bukan mudah untuk saya nak rebut tempat seperti kita tahu posisi saya ada yang berpengalaman seperti Dion Cools, Badak (Shahrul Saad) dan Dominic yang sebelum ini sudah lama dapat call-up, saya rasa disitu tiada tekanan, cuma saya berikan 100 peratus dalam padang.”

Advertisements

“Jika diberi pilihan, saya akan berikan yang terbaik.”

Terkenal dengan gaya permainan yang cukup agresif, Sharul jelaskan kelebihan itu akan dikekalkan berdepan lawan.

Advertisements

Bagaimanapun beliau akan tetap mengikut kehendak taktikal dan perancangan yang dipersiapkan Kim Pan-gon.

“Mungkin jurulatih Kim ada pilihan dia, pasukan mana yang perlu saya untuk main. Mungkin saya nampak lebih kepada agresif jadi saya tak tahu jurulatih akan letak saya bermain bertemu Syria atau China, itu terpulang pada jurulatih Kim, yang paling penting saya perlu fokus untuk perlawanan nanti,” ujar Sharul Nazeem.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan Syria pada esok jam 5 petang dan bakal beraksi menentang China pada Sabtu, 9 September 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram