Ads
Dunia
PSSI

Bek kiri Viking FK, Shayne Pattynama kini sudah boleh mewakili Timnas Indonesia. Ini selepas proses kewarganegaraannya diluluskan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia dalam satu majlis ringkas di pejabat kementerian itu semalam.

Advertisements

Pattynama mengangkat sumpah sebagai warganegara Indonesia di hadapan Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Cawangan Jakarta, Ibnu Chuldun. Turut sama hadir ialah Presiden PSSI, Mochamad Iriawan.

Advertisements

Dengan ini, Pattynama menjadi pemain naturalisasi ketiga Tim Garuda selepas bek tengah JDT, Jordi Amat dan Sandy Walsh. Amat dan Walsh menjadi warganegara Indonesia pada November tahun lepas.

Advertisements

Advertisements

Amat menjadi sebahagian daripada Tim Garuda yang layak ke separuh akhir Piala AFF 2022. Walsh sepatutnya menyertai skuad yang dibimbing Shin Tae-yong untuk kejohanan tersebut tetapi tidak diberi perlepasan oleh kelabnya, KV Mechelen.

Advertisements

Pattynama dijangka akan membuat kemunculan pertama bersama pasukan Indonesia sekitar Mac ini. Ini berikutan kalendar antarabangsa pada bulan itu berlaku dari 20 hingga 28 Mac.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram